Sunday, 15 February 2015

WAJIB BACA...Waspada !!! 5 Petanda Awal Kanser Yang Kerap Kita Abaikan !!!


SEBUT sahaja perkataan ‘kanser’ ramai mula membayangkan kesakitan dan risiko kematian akibat penyakit tersebut....

Namun apa yang lebih menakutkan, tidak ramai mengetahui diri mereka menghidap kanser sehinggalah ia sudah merebak dan hanya dikesan pada tahap akhir....

Kajian oleh pakar perubatan Barat menunjukkan terdapat lima gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin petanda awal kepada penyakit tersebut:

1. Batuk untuk tempoh yang lama dan suara serak

Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh dan disertai dengan darah, maka anda harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut....

2. Kesakitan yang berlarutan dan tidak dapat dijelaskan

Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya anda melakukan pemeriksaan. Contohnya jika anda mengalami sakit kepala berterusan, siapa tahu mungkin ia ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari...

3. Perubahan saiz tahi lalat

Jika anda melihat saiz tahi lalat pada kulit anda bertambah besar daripada saiz asal, apa kata anda lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?


4. Pendarahan abnormal

Pendarahan faraj yang tidak normal (di luar kitaran haid) boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus....

5. Penurunan berat badan yang tidak normal

Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, jika ia menurun secara tiba-tiba tanpa ada usaha seperti berdiet ataupun bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Segeralah rujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut....




SUMBER  – MYNEWSHUB.CC

1 comments: