Hati mana tak hancur apabila kekurangan yang dialami oleh anak sendiri dipandang serong oleh orang ramai?
Itulah apa yang dirasai oleh pasangan Tanya dan Adam Philips apabila kekurangan yang ada bayi perempuan mereka dipandang sinis oleh orang ramai.
Honey-Rae yang berusia 18 bulan dilahirkan dengan tanda lahir kekal yang agak banyak di bahagian tubuh sebelah kanannya.
Tidak mahu anak mereka berasa tersisih dengan keadaan dirinya, pasangan itu membuat keputusan yang cukup luar biasa iaitu mencacah tatu yang hampir serupa dengan tanda lahir anak mereka.
Menurut Tanya, pengalamannya membawa Honey-Rae keluar bersiar-siar tanpa menutup tanda lahir di kakinya begitu mengecewakan apabila orang ramai memandang dan berbisik tatkala melihat bayinya.
“Biarpun ramai yang mengatakan tindakan kami agak ekstrem, tetapi kami perlu lakukan sesuatu agar Honey-Rae tahu bahawa dia amat disayangi meskipun berbeza daripada orang lain,” ujarnya, memetik Mirror.
Walaupun Tanya mengakui pada mulanya kulit mereka mengalami kesakitan dan bengkak akibat tatu tersebut, dia tetap yakin bahawa itulah keputusan terbaik demi anak mereka.
0 comments:
Post a Comment