Ahli keluarga Allahyarham mengiringi jenazah untuk dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.
BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.
Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.
Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.
Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah.
0 comments:
Post a Comment