Saturday, 28 February 2015

Jodoh Mak Ayah Cari VS Jodoh Cari Sendiri VS Tunggu Jodoh?



Lagi-lagi isu jodoh. Cakap pasal jodoh ni rasanya ramai yang kat luar sana termasuklah golongan blogger sendiri yang dah berpunya, belum lagi berpunya dah masih lagi tercari-cari. Pernah dengar ada orang cakap " Kan jodoh tu dah ditentukan..nanti datang la tu". Tapi bila korang dah capai satu tahap, korang akan mula fikir pasal jodoh ni macam penulis entri ni la :)

Persoalaannya, nak cari jodoh tu korang suruh mak ayah cari atau korang cari sendiri atau korang tunggu jodoh tu datang?


JODOH MAK AYAH CARI

Orang kata bercinta selepas akad nikah tu lebih indah. Tambah pula kalau family pilih siapa pasangan kita konpem la yang terbaik. Yalah la, orang tua kan makan garam terlebih dahulu. Tapi tak kurang jugak ada desas desus yang cakap kalau mak ayah cari susah la sikit sebab baru nak kenal dan faham si dia, dia suka apa, tarikh lahir dia bila dan macam-macam lagi la.  Setuju ke jodoh mak ayah cari?


JODOH CARI SENDIRI

Rasanya majoriti yang baca entri ni suka cari sendiri jodoh korang kan? Bukan apa, ramai yang kata jodoh kalau cari sendiri lebih serasi dan sesuai dengan taste orang sekarang cari pasangan idaman. Maklum la dah bertahun-tahun couple, benda apa yang dia suka dan tak suka tu kita dah masak sangat. Korang rasa betul ke?



TUNGGU JODOH

Korang mesti tak nak jadi forever alone kan..hehehe. Tapi masalahnya ada jugak yang tunggu bulan jatuh ke riba. Rasanya kalau bab tunggu jodoh ni, perempuan yang untung sikit berbanding lelaki. Lelaki kalau tak usaha nak cari jodoh atau harap jodoh tu datang sendiri...jawabnya jadi bujang tua la. Unless korang hensem, kacak dan bergaya, kaya pulak tu konpem orang datang cari. Tak kira la lelaki atau perempuan, tunggu jodoh ni korang rasa elok ke?

P/s : Walau bagaimana pun kira merancang Allah yang menentukan segalanya :)

0 comments:

Post a Comment