Saturday, 7 March 2015

Polis Wanita Keturunan Cina Kena Pakai Tudung?



Dalam perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Wanita Siri 1/2014 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam semalam, 152 pelatih berketurunan Cina berjaya menamatkan latihan mereka.

Syabas, dah nampak orang bukan Melayu makin ramai berminat dalam PDRM. Aku difahamkan, setakat ini saja, PDRM dah terima 3,000 permohonan dari kaum Cina untuk menyertai pasukan polis.

Bagus. Tapi nampaknya ada juga yang 'gusar' bila tengok pelatih ini kena pakai tudung. Para keluarga bukan Islam jangan risau.

Ini hanya masa perbarisan tamat latihan saja sebab nak bagi nampak sama dan sedondon. Lepas ni depa tak perlu pakai tudung pun.

So jangan jadikan ini isu atau penyebab untuk nak halang minat anak masing-masing untuk menyertai PDRM ye.

Tugas menjaga keselamatan negara ini BUKAN tanggungjawab satu kaum saja di Malaysia ini. So jangan tunggu lagi, PDRM perlukan ramai anggota dan pegawai berbilang kaum. Cepat sertai sekarang!

0 comments:

Post a Comment