Saturday, 28 February 2015

KOMEN Pedas AMRAN Kepada Dato Nawawi Parlimen Langkawi … Part Terakhir BALING BEST !!!

Dato Ir Nawawi Ahmad . Ahli Parlimen Langkawi . Sebelum ini kamu menghina suku kaum Jawa , kamu kata orang jawa itu bodoh . Dan sekarang :- Kamu menghina orang yang sudah menemui tuhan , dan orang yang engkau tidak suka itu siapa kah dia ?


Dia seorang hafiz Al-Quran , dia seorang ilmuan yang menghafal Kitab Kitab Agama , dia menguasai ilmu Feqah , usul Feqah , Tafsir Al-Quran , Hadis Nabi , Kitab Hakam .

Dia buka sekolah agama , dia mengajar manusia tentang agama , dia berdakwah tentang agama .

Apakah kerana beza jurang diantara politik kamu tidak menyukai dia ?

Apakah peranan kamu wahai Nawawi untuk agama kamu ?



Selfie ? Bicara politik 24 jam di facebook ? Menghentam parti politik pihak lawan ? Politik dan politik dan terus politik di setiap umur kamu yang semakin meningkat ?


                  Jangan sampai di suatu masa , orang akan membenci kamu diatas ketelanjuran kata kata kamu .

0 comments:

Post a Comment