Mengapakah semut berhenti ketika bertemu semut yang lain?
Biasakan korang tengok semut yang berantai-rantai berjalan di dinding? Korang perasan tak apabila semut tu bertemu sesama semut dan berhenti seketika? Mungkin korang fikir diorang buat apa eh? Mungkin bersembang kot. Tapi.. Takkan semua semut suka bersembang macam tu. Atau semut tu bersalam?
Kalau korang nak tau, sebenarnya semut yang terlihat “mengadu kepala” semasa bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi.
T.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan kajian dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.
Kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.
Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).
Dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberitahu rakannya (melalui antena di kepala semut) adakah dalam lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.
0 comments:
Post a Comment