Cameron Highlands: Identiti wanita hamil dan anaknya berusia setahun yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, Cameron Highlands di sini pagi tadi dikenal pasti sebagai B Nithia, 25, mengandung lapan bulan dan R Rubeswaran...
Mayat Rubeswaran dikeluarkan daripada timbunan tanah oleh anggota Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pada 8.04 pagi manakala mayat ibunya, 10 minit kemudian...
Bagaimanapun, suami Nithia, V Raja, 40, terselamat tetapi patah kaki kiri selepas tertimbus separuh badan dan dikeluarkan oleh anggota bomba pada 7.13 pagi...
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.29 pagi dan menggali timbunan tanah bagi menyelamatkan Raja yang dalam keadaan separuh tertimbus...
Katanya, selepas menyelamatkan Raja, anggota bomba mengeluarkan mayat Rubeswaran diikuti Nithia...
sumber:harian metro
0 comments:
Post a Comment