Saturday, 17 January 2015

Apa?? Mak Nyah Thailand Kini Bebas Beraksi!!!



Thailand sememangnya terkenal dengan 'gender ketiga' atau lebih dikenali dengan nama Mak Nyah.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan Thailand (CDC), Borwornsak Uwanno telah bersetuju mengiktiraf transgender dalam undang-undang Thailand dalam langkah yang dilihat untuk mengukuhkan kedudukan golongan tersebut dalam masyarakat.
Menerusi portal Nationmultimedia, sekiranya transgender ini diberi pengiktirafan, gender ketiga ini, pelaksanaan ini akan mencatat sejarah di negara berkenaan.
Seorang anggota CDC berkata, artikel 4 dalam perlembagaan Thailand telah menyebut bahawa setiap rakyat negara itu layak diberikan perlindungan dari segi hak asasi manusia, maruah, kebebasan dan perlindungan undang-undang.
“Melalui Artikel 5 pula, perlembagaan menyatakan seseorang warga Thailand akan dilayan secara adil tanpa mengambil kira tempat mereka dilahirkan, agama dan jantina mereka,” katanya.
Menurut sumber tersebut lagi, perlembagaan sebelum ini tidak menyatakan peruntukan hak golongan mak nyah.
Seorang lagi anggota CDC berkata, dia menyokong peruntukan berkenaan bagi memudahkan golongan terbabit diberi hak seperti rakyat lain.

0 comments:

Post a Comment