Pagi tadi dibincangkan di dalam televisi, betapa bobroknya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah polos, suci, alami perkara-perkara di bawah :
Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, “Dua, seringgit,” sedangkan boleh diberitahu harga seunit “Satu, lima puluh sen.” Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi.
Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
sumber
Gunakan buddy sistem. Pelajar darjah 3 menemani & mengajar pelajar baru bagaimana hendak membeli makan & sekaligus tahu nilai matawang yg digunakan. Ini lah caranya pelajar2 baru mempelajari erti berdikari
ReplyDeletelau buddy ngan abg sepupu ok la. tp lau buddy ngan org len, kna kapak jugak lah...huhu
Deletebawak bekal jimat....bagus lagibawak bekal dri sdeyy duk tengok n dengar anak2 kita dengan perangai pengusaha kantin....
ReplyDeletebawak bekal jimat....bagus lagibawak bekal dri sdeyy duk tengok n dengar anak2 kita dengan perangai pengusaha kantin....
ReplyDeletePengusaha Kantin sekarang ni kebanyakkannya cekik darah. Dengan budak sekolah pun nak berkira. Saya percaya mereka tentu dapat bekalan bahan mentah dengan harga yang murah. Tapi dek kerana mengejar keuntungan, sanggup menipu anak-anak kecil yang tak berdosa ni. Pihak sekolah juga mesti memainkan peranan mereka, BERI AMARAN KEPADA PENGUSAHA KANTIN jika mereka tidak dapat mematuhi peraturan yang pihak sekolah telah tetapkan...TAMATKAN SAHAJA kontrak mereka. Pengusaha macam ni memang tak menghiraukan ETIKA dalam berurus niaga.
ReplyDeletebudak2 yg segan nak bawa bekal..org tua dah penat2 bg sedia dia pula x nak bawa..segan katanya..hahaha
ReplyDeleteElok bwa bkal jer peniaga kat kantin sek krang ni pandai menipu
ReplyDelete