Anda masih ingat kalung berlian biru yang dipakai Rose dalam filem Titanic? Kalung yang diberi jolokan 'The Heart of The Ocean' akhirnya dicampakkan ke dasar laut pada penghujung filem itu.
Kalung berlian itu sebenarnya diinspirasikan daripada perhiasan sebenar yang kini dipamerkan di muzium di Washington D.C, Amerika Syarikat. Berlian biru tua pada kalung itu menjadi salah satu bahan pameran yang paling popular di dunia.
Warnanya yang bening kebiruan, malah boleh bertukar menjadi merah apabila disinari dengan pancaran ultra violet membuat semua mata terpana memandang, seakan mahu memilikinya.
Sebenarnya, berlian tersebut adalah antara batu bermutu tinggi yang sangat mahal nilainya sejak ratusan tahun dahulu yang digelar Hope Diamond dan dikaitkan dengan pelbagai sumpahan.
Ada yang mengatakan batu ini asalnya dicuri dari sebuah patung suci agama Hindu di India dan pencuri tersebut menemui ajal setelah diserang anjing liar.
Pada tahun 1642, seorang pedagang permata Perancis bernama Jean Baptiste Tavernier yang mengembara ke India telah membeli sebutir berlian di wilyah Kollur. Berlian biru itu seberat lebih 112 karat dan merupakan berlian terbesar ditemui ketika itu.
Tavernier kembali semula ke Perancis pada tahun 1668 lalu berlian itu dijual kepada King Louis XIV pemerintah Perancis. Raja itu lantas memotong berlian itu untuk mencantikkannya menjadikan beratnya lebih kurang 67 karat lalu menamakannya sebagai Blue Diamond of The Crown.
Berlian itu kemudiannya diturunkan pula kepada cucunya, King Louis XV yang menjadikannya sebagai salah satu perhiasan pakaian diraja. Kemudian, naik takhta pula King Louis XVI bersama isteri, Marie Antoinette, sebagai permaisuri sekaligus pewaris berlian biru itu.
Di sinilah kononnya kutukan berlian itu bermula. Musibah mula menimpa keluarga diraja itu apabila Revolusi Perancis tercetus pada 1789. Institusi raja digulingkan.
King Louis XVI dan isterinya telah dipenggal kepala. Kesemua harta perhiasan raja termasuk berlian biru itu telah dirampas dan disimpan di Garde-Meuble. Sayangnya, ia telah dicuri kerana tiada kawalan rapi.
Berlian biru hilang begitu saja hinggalah ia dikatakan muncul semula di London pada 1823. Pemilik barunya ialah Daniel Eliason, seorang pembuat barangan kemas.
Walaupun potongan berlian itu tidak sama, ramai percaya itu adalah berlian biru yang hilang sebelum ini dan telah diubahsuai bagi mengaburi kebenarannya.
KKing George IV dari England telah membeli berlian itu dan setelah kematiannya, berlian itu terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang-piutangnya.
Berlian ini kemudian sering bertukar tangan. Seorang pengukir barangan kemas, wilhelm Fals yang pernah membentu berlian ini juga menerima padah apabila mati dibunuh anaknya sendiri. Anaknya yang menderhaka itu kemudian membunuh diri sendiri.
Simon Maoncharides pula antara yang pernah menjadi tuan permata mahal ini. Sumpahannya?
Suatu hari beliau mmandu kereta bersama isteri dan anaknya. Tidak lama kemudian kereta yang dipandu Simon terhumbn ke dalam jurang menyebabkan kesemuanya terbunuh.
Disebut juga, aktor Perancis, Lorens Ladue pernah mencuri berlian ini dari Kanitovski, putera dari Rusia. Bagaimanapun, Lorens ditembak mati sewaktu sedang mengadakan pertunjukan pentas.Setelah mendapat semula berlian itu, tidak lama kemudian, Kanitovski menemui ajal apabila dibunuh oleh pejuang revolusi.
Ada banyak lagi kematian atau tragedi yang dikaitkan dengan pemilik berlian ini. Sehinggalah akhirnya ia dibeli oleh seorang hartawan, Henry Philip Hope lalu dinamakan sebagai Hope Diamond, sempena nama keluarganya. Berlian itu diturunkan kepada anak cucunya setelah kematiannya.
Namun, perniagaan yang diusahakan secara turun temurun keluarga Hope menemui kehancuran sehingga akhirnya, Hope Diamond terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang.
Melalui seorang pembeli baru, akhirnya Hope Diamond sampai keAmerika Syarikat. Berlian itu dibentuk semula mnjadi seutas rantai mewah lalu dibeli oleh seorang wanita kaya, Evalyn Walsh McLean.
Walaupun pernah mendengar kisah kutukan Hope Diamond, Evalyn berpendapat apa saja barangan kemas yang sampai ke tanganya boleh bertukr menjadi sesuatu yang bertuah buat dirinya.
Berlian itu sentiasa dipakai oleh Evelyn sehinggalah doktor peribadinya terpaksa memujuk berulang-kali bagi menanggalkan perhiasan itu semasa hendak menjalani suatu pembedahan.
Walaupun mengharapkan Hope Diamond membawa tuah, tapi menjadi sebaliknya. Satu persatu musibah menimpa keluarga Evelyn sejak memiliki berlian itu. Ibu mertuanya meninggal dunia, disusuli kematian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kemalangan.
Anak perempuannya pula mati kerana ketagihan dadah pada usia 25 tahun. Manakala suaminya meninggalkannya kerana ada wanita lain. Suaminya menjadi gila lalu dimasukkannya ke dalam rumah sakit jiwa. Perniagaannya turut bankrap.
Setelah kematian Evelyn, warisnya terpaksa menjual Hope Diamond bagi melangsaikan hutang piutangnya. Seorang tukang perhiasan ternama dari New York, Harry Winston membeli Hope Diamond pada tahun 1949.
Pada November 1958, beliu telah mendermakan berlian itu kepada Institut Smithsonian untuk dijadikan salah satu bahan pameran dalam rangkaian muzium di Washington.
walaupun tujuan Harry dikatakan untuk menggalakkan ramai orang mendermakan barangan untuk pameran muzium, tapi ramai yang berkata kononny dia gusar jika kutukan Hope Diamond akan memberi kesan dalam hidupnya kelak.
Malah, James Todd yang ditugaskan menghantar kotak berisi Hope Diamond ke muzium turut cedera apabila dilanggar lori. Musibahnya berlanjutan lagi apabila isteri James mati kerana sakit jantung dan rumahnya terbakar.
Sekalipun dikaitkan dengan pelbagai musibah yang menimpa pemiliknya, namun Hope Diamond masih menjadi antara 10 berlian ternama dan termahal di dunia.
Namun kini, ia hanya sekadar boleh ditatap disebalik kaca pameran dan dikawal ketat oleh pihak muzium di Washingtin d.c.
0 comments:
Post a Comment