Friday, 8 May 2015

Anda Pasti Terkejut Melihat Perubahan Wanita Sehingga Membahayakan Nyawanya Ini??!! (5 GAMBAR)!!




GARA-GARA stres diejek gemuk oleh orang sekeliling, Amber Girling, 20, berasa terlalu rendah diri dan terdesak untuk kuruskan badan.

Natijahnya, dia menjadi obses mengambil pil pelangsingan badan hingga berat badannya mencecah cuma 25 kilogram.

Hakikatnya badan Amber tidaklah kurus sangat dengan berat 57 kilogram namun dia sendiri terasa seakan-akan disindir rakan-rakan sekolah kerana berbadan gempal sejak berusia 17 tahun.
Menurut Amber kepada Daily Mail, ada rakan sekolah mengekorinya ke kantin pada waktu rehat untuk melihat apa yang dia makan lalu memberikan komen, “Jika saya jadi kamu saya tak akan makan tu..” apabila melihat dia mahu menjamah pasta.
Sejak itu Amber mengamalkan diet dan melakukan aktiviti fizikal tiga kali seminggu namun hasilnya tidak memuaskan hati Amber lantas dia bertukar kepada pil diet.
Amber mengakui, dia mengambil 90 pil diet daripada empat jenis berbeza dalam masa seminggu. Tak cukup dengan itu, dia menambah sesi latihan di gym daripada tiga kali seminggu kepada setiap hari.



Akhirnya dia mengalami sakit perut yang luar biasa manakala kulitnya bertukar kekuningan. Setelah dibawa ke hospital Amber terpaksa menjalani rawatan selama lima bulan sebelum benar-benar pulih.
Kini Amber mahu semua gadis mengambil iktibar daripada pengalamannya – terdapat cara yang betul untuk kurus dan makan pelbagai jenis pil langsing tanpa mengikut aturan bukanlah caranya kerana ia boleh meragut nyawa!

0 comments:

Post a Comment