Ianya bukan sahaja menjadikan malam yang gelap menjadi terang, tetapi ia juga menggegarkan bangunan sejauh 4 km jauhnya dari tempat letupan. US Geological Survey menyatakan alat pengesan gempa bumi mereka di Beijing mencatatkan gegaran pada skala 2 hingga 3 magnitud.
Setakat ini jumlah kematian telah mencapai angka 50 orang, dengan 12 daripadanya adalah anggota bomba. 700 orang yang tercedera sedang dirawat di hospital, dengan 71 daripadanya parah.
Letupan yang kuat ini melepaskan bebola api ke udara, dan menyebabkan kecederaan terhadap penduduk yang bertempiaran lari keluar daripada rumah mereka. Di sana sini kelihatan bangunan-bangunan tinggi dengan tingkap-tingkap yang pecah, wajah sedih warga Tianjin, dan kereta-kereta yang hanya tinggal rangka.
Eksekutif syarikat Tianjin Dongjiang Port Rui Hai International Logistics, iaitu syarikat tempat kebakaran ini bermula, telah ditahan untuk disoal siasat. Syarikat ini adalah sebuah syarikat logistik yang membawa bahan-bahan berbahaya, termasuk bahan kimia. Setakat ini, punca letupan masih belum diketahui.
Ada yang mengatakan letupan yang berlaku ibarat letupan bom nuklear Hiroshima. Setelah pagi Khamis tiba, kemusnahan yang dihasilkan oleh dua letupan di kawasan pelabuhan ini menjadi nyata.
0 comments:
Post a Comment