Monday, 27 July 2015

Tahukah Anda Bahawa Gaji Bangladesh Yang Bekerja Di KLIA Melebihi RM5000 Sebulan...!!

Gambar Hiasan

Kita sering mengeluh kos sara hidup yang semakin tinggi tidak berpadanan dengan gaji yang diterima kerana sering terjadi gaji masuk pagi ini petang dah tinggal sikit.

Ada yang mungkin tidak merasa apa yang admin cakapkan itu tetapi ketahuilah bahawa tidak semua rakyat Malaysia kaya dan merasa nikmat gaji besar.

Tetapi anda perlu ketahui tentang pekerja asing yang bekerja di Malaysia, berapakah gaji mereka?

Tersebar di laman sosial sejak beberapa hari ini gambar sekeping slip gaji yang dimiliki oleh seorang pekerja asing dari Bangladesh yang berpendapatan lebih dari RM5000 sebulan.

Banyakkan? adakah kita didiskriminasi dengan memberi mereka ini gaji tinggi sedangkan kita di beri gaji randah dari itu.

Selepas melihat gambar tersebut ternyata kerajinan dalam bekerja menjadi faktor utama penyumbang kepada gaji besar yang diterima oleh warga asing berkenaan.


Gambar yang dimuatnaik oleh page Facebook Persatuan Bangsa Johor itu telah menjadi perbualan hangat kerana gaji 'basic' pekerja Bangladesh tersebut hanya RM900 tetapi kerana kerajinanya itu dia membuat kerja "overtime" yang banyak membolehkannya memperoleh gaji yang tinggi.

Tidak mustahil untuk beliau mendapat gaji banyak sedemikian kerana pekerjaan di KLIA itu sendiri memerlukan pekerja tidak kira masa kerana beroperasi 24 jam sehari.

Apapun apa yang dikongsikan ini bukanlah hendak merendahkan sesiapa kerana ia patut diambil sebagai contoh.

0 comments:

Post a Comment