Baru sahaja memenangi Artis Paling Kontroversi ABPBH 2014 bagi kategori online, nampaknya Sharnaaz Ahmad tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta kontroversi baru.
Mana tidaknya, fesyen yang dikatakan menyerupai pakaian tentera Sharnaaz Ahmad dan kekasih hati Anis Al Idrus pada ABPBH semalam dianggap tidak bersesuaian dan menjadi perdebatan peminat, malah ada anggota pasukan keselamatan yang turut memberikan komen.
Pingat?
Pada masa sama, pingat yang diletakkan pada pakaian Sharnaaz turut menjadi persoalan netizen. Menurut mereka, rupa bentuk pingat tersebut menyerupai salah satu pingat tertinggi bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji.
Patutlah jadi persoalan sebab pingat tersebut bukan calang-calang pingat, hanya dikurniakan kepada Anggota Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia.
Hanya Costume, Harap Dimaafkan
Sharnaaz bagaimanapun melalui post terbarunya di Instagram telah pun memohon maaf kepada pihak yang berkenaan sekiranya fesyen yang digayakan mengundang kemarahan.
Iyalah mana peminat tak persoalkan, tema semarakkan cinta tapi fesyen yang digayakan menyerupai pakaian badan beruniform. Mungkin cintakan negara? Apa-apa pun tahniah Sharnaaz!
0 comments:
Post a Comment