Wednesday, 11 November 2015

Masih ingat lagi wajah comel Ryyan Nakhaie anak lelaki Siti Nordiana yang dulu, namun inilah 4 gambar terbaru Ryyan pada usia 7 tahun yang bikin korang terbeliak mata

$%"Jujurnya jika bercakap soal kahwin saya tidak cukup kuat untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas pernah bercerai sebelum ini. Kalau boleh biarlah perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat. Kebimbangan saya juga adalah terhadap anak yang mungkin akan rasa tersisih sekiranya kemunculan lelaki lain dalam hidup kami."



Menurut Siti Nordiana yang popular dengan lagu Paling Comel bersama Achik Spin, beliau hanya akan memikirkan hal perkahwinan selepas anaknya membesar sedikit. Lagipun, bukan mudah untuk beliau bertemu dengan lelaki yang boleh menerima status beliau sebagai janda beranak satu.



"Mencari pengganti bukan mudah tambahan pula saya hadir dengan ‘pakej’ (punyai anak) namun saya tidak terlalu tertekan memikirkan perkara berkenaan kerana buat masa ini Ryyan adalah keutamaan saya. Dia hanya mengenali saya sebagai ibu dan bapanya dan biarlah dia besar sedikit dahulu sebelum saya fikir soal kahwin."

Siti Nordiana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faizal Yusop dan bercerai sekitar tahun 2009. Faizal selepas itu sudah berkahwin sekali lagi sebelum meninggal dunia pada 11 Januari 2011 akibat serangan jantung.



Anak adalah harta yang paling berharga bagi setiap wanita yang bergelar ibu, meskipun kehadiran seorang lelaki itu perlu untuk membelah sunyi didalam hati tetapi kalau mereka tidak boleh menerima anaknya tiada guna juga.



Friday, 14 August 2015

21 Gambar Kesan Kemusnahan Akibat Letupan Bersaiz Gergasi Di Tianjin, China

tianjin02
IMEJ SATELIT SEBELUM LETUPAN. / GOOGLE
tianjin01
IMEJ SATELIT SELEPAS LETUPAN. / GOOGLE
 Ianya bukan sahaja menjadikan malam yang gelap menjadi terang, tetapi ia juga menggegarkan bangunan sejauh 4 km jauhnya dari tempat letupan. US Geological Survey menyatakan alat pengesan gempa bumi mereka di Beijing mencatatkan gegaran pada skala 2 hingga 3 magnitud.
tianjin21
tianjin20
Setakat ini jumlah kematian telah mencapai angka 50 orang, dengan 12 daripadanya adalah anggota bomba. 700 orang yang tercedera sedang dirawat di hospital, dengan 71 daripadanya parah.
tianjin19
tianjin18
Letupan yang kuat ini melepaskan bebola api ke udara, dan menyebabkan kecederaan terhadap penduduk yang bertempiaran lari keluar daripada rumah mereka. Di sana sini kelihatan bangunan-bangunan tinggi dengan tingkap-tingkap yang pecah, wajah sedih warga Tianjin, dan kereta-kereta yang hanya tinggal rangka.
tianjin17
tianjin16
Eksekutif syarikat Tianjin Dongjiang Port Rui Hai International Logistics, iaitu syarikat tempat kebakaran ini bermula, telah ditahan untuk disoal siasat. Syarikat ini adalah sebuah syarikat logistik yang membawa bahan-bahan berbahaya, termasuk bahan kimia. Setakat ini, punca letupan masih belum diketahui.
tianjin15
tianjin14
Ada yang mengatakan letupan yang berlaku ibarat letupan bom nuklear Hiroshima. Setelah pagi Khamis tiba, kemusnahan yang dihasilkan oleh dua letupan di kawasan pelabuhan ini menjadi nyata.
tianjin13
tianjin12
tianjin11
tianjin10
tianjin09
tianjin08
tianjin07
tianjin06
tianjin05
tianjin04
tianjin03

Monday, 3 August 2015

Penemuan Bangkai Pesawat Yang Sama Dengan Pesawat Boeing777 Yang Dikatakan MH370...


Reunion Island - Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.


Beberapa gambar serpihan pesawat itu dikongsi oleh pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan terbaru itu.





Pengguna-pengguna internet membuat spekulasi bahawa serpihan itu dari bahagian pesawat MH370 berikutan strukturnya yang menyerupai pesawat Boeing 777.

Perbandingan antara flaperon pesawat Boeing 777 dan serpihan yang dijumpai di Reunion.






Bagaimanapun, masih tiada sebarang kesahihan terhadap spekulasi tersebut.

Pihak berkuasa tempatan kini telah mengambil serpihan terbabit untuk analisis seterusnya.

[KEMASKINI]
Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

"Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja".

"Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370", kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

"Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada kemungkinan (ia dari pesawat MH370)".

Tuesday, 28 July 2015

Jururawat Lelaki Berumur 29 Tahun Mengahwini Gadis Kecil Yang Berumur 4 Tahun..


Oleh: Aimi Nordin. Sumber: crackerdaily.com

Perkahwinan merupakan perkara yang setiap orang ingin lakukan dalam hidup mereka. Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang indah bersama orang yang kita cintai. Tapi ada sesetengah orang tidak mahu menangguhkan perkahwinan atas beberapa sebab dan kanak-kanak berusia 4 tahun ini ada jawapannya.

Budak perempuan Abby Sayles yang berusia 4 tahun ini merupakan pesakt leukemia dan sedang menjalani rawatan. Dia tahu yang dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk membesar dan mengahwini lelaki yang dia cintai bila besar nanti.

Jadi dia memutuskan untuk melamar jururawat lelaki yang rapat dengannya dan berkenan di hatinya. Abby melamar jururawat berusia 29tahun itu dan dia bersetuju untuk mengahwini Abby.

Matt hanya ingin melihat Abby gembira dan mempunyai kenangan yang paling indah di dalam hidupnya. Kerana terlalu ingin melihat Abby gembira, sebab itu Matt menyatakan persetujuanya.

 

Luahan Yang Menyentuh Hati Ditujukan Kepada Arwah Bakal Tunang, "Jumpa Awak Di Sana"..


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, cuma perpisahan itu mengambil masa sekejap atau lama kerana dalam hidup ini sudah ditentukan, kita hanya merancang tetapi dalam pada masa sama kita tidak pula harus berharap semata-mata kepada ketentuan tanpa usaha.

Bila sudah berusaha, sebaik manapun kita merancang, jika perpisahan itu ditakdirkan berlaku maka anggaplah ia sudah tertulis bukan milik kita.

Tersebar dilaman sosial tentang kisah seorang lelaki yang memuatnaik status yang sangat tabah dan amat menyentuh di mana meluahkan rasa hatinya seorang lelaki tanpa menunjukan kesedihan tetapi dengan kata-kata semangat semasa kekasihnya itu koma pada raya ketiga lalu dan menghadap yang maha Esa beberap hari kemudian.

Wanita cantik yang merupakan bakal tunang lelaki berkenaan telah mengalami pendarahan teruk di kepala sebelum meninggal selepas beberapa hari koma di hospital.

Lebih menyedihkan segala persiapan untuk majlis pertunangan mereka telah diuruskan hanya menunggu masa mereka ditunangkan.

Berikut adalah gambar dan status yang dimuatnaik oleh lelaki berkenaan sejak kekasihnya itu koma sehingga pergi menghadap Ya Rabb.

Please wake up Dear...


Cepat bangun ehh.jangan ngelat..



Bila saya warded siap boleh selfie.. ini awak pulak warded apahal tido je memanjang?



 Dah nampak jari awak gerak gerak


Semua orang nak awak bangun..




Kita jumpa dekat sana...



Saya sayang awak tapi Allah lagi sayangkan awak..

 Kejap lagi saya ziarah awak ye..

Our convocation day..



Punyalah excited tunjuk baju tunang dekat saya..


Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan...


Saya akan datang lagi....


Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Nurul Ezzaty semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. Kepada Omar, anda harus kuat, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Dari Seorang Pemandu Bas Biasa, Beliau Berjaya Menjadi Pemandu Airbus Qatar Airways A320...

10407318_10153146645515958_6045575272555812147_n
Kisah ini kami ambil dari perkongsian oleh Saiful Nang di laman Facebook miliknya tentang seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini merupakan seorang pemandu bas berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Kini, lelaki yang bernama Arul ini sedang menjalani latihan penerbangan bersama Qatar Airways di Singapura.
“DARI BUS KE AIRBUS
Tahun lalu kami di Warga Prihatin merancang untuk membeli sebuah bas terpakai. Kami berjumpa Arul Kesevan (gambar) untuk membeli bas beliau. Walaupun akhirnya tidak jadi beli tetapi Arul sangat nice dan keluarganya sangat membantu. Beliau menguruskan syarikat bas milik keluarganya sebelum itu. Bukan mengurus sekadar jadi manager goyang kaki, beliau sendiri memandu bas persiaran. Cita-cita untuk jadi juruterbang akhirnya jadi kenyataan. Apabila kita mahu pandang rendah kepada seseorang, jangan lupa roda itu bulat. Never scold a bus driver, they may be a pilot someday. Usaha beliau tekad dan akhirnya kini beliau telah beralih dari BUS ke AIRBUS A320. Beliau dalam training untuk Qatar Airways di Singapura.
Tahniah Arul!
U’re the MAN!!
If u ever piloting MAS, please give me more kacang MAS. If u ever fly AirAsia, please buy me Pak Nasir Nasi Lemak. But if u fly Qatar…nasi arab also can lah”
Kejayaan Arul ini patut dijadikan teladan dan dorongan buat kita semua dalam mengejar impian kerana tiada apa yang mustahil untuk diatasi. Tahniah Arul!
Screen Shot 2015-07-27 at 10.24.27 AM